Assalamualaikum ! hai hai :)
Saya baru balik dari kelas tambahan dekat sekolah *muka happy sesangat sangat sangat. Bencinyaa setiap hari aktiviti sama je aku buat. Boringgg :( nak keluar jalan-jalan. Bila cakap dengan mama bila nak holiday. Mama cakap lepas habis SPM -.- k sedih gila gila. Dah la tengah tension dengan study. lepastu cuti tak kemana. Aku rasa nak naik gila dah. At least aku dapat jumpa pantai pun dah cukup. Aku dah lama tak tengok pantai. dari tahun lepas lagi. Aku nak tengok benda yang luas dan dapat menenangkan fikiran aku. ceh hahahaa. Huh.
Hm dah dua hari aku terlambat datang kelas pagi. Hahaa paling ketara dan first time berlaku dalam hidup aku time semalam. kelas start pukul 8.30 bangun 8.32 oh terbaik! kawan call rumah call handphone tak berangkat. at last aku terdengar phone rumah banyak kali aku terjaga then tengok handphone vibrate eh ada orang call. then angkat la kawan kata "weh kau kat mana? tak pergi kelas ke?" aku pun dengan tengah mamai nya bangun cakap "ha? tak tahu lah. ada kelas ke hari ni? lepastu 'tersegar' sikit oh haah la ada kelas. tengok jam, maigod dah pukul 8.30! eh k k aku siap sekarang" hahaha dengan sepantas kilatnya aku bersiap mandi tak sampai 10 minit. keluar rumah dengan kelam kabutnya. Sampai sekolah pukul 9. Masuk je kelas cikgu KN cakap lambatnya datang~ aku pun dengan selamba nya senyum. hehehe peace cikgu! :D Tapi pagi tadi bangun awal. cuma siap je lambat. keluar rumah mak aih gelap gila langit. kelam sangat. dengan angin kuatnya. aku cepat-cepat pergi sekolah. Esok camne pulak eh? dapat bangun lambat kot sebab kelas start pukul 11.
Hm semalam dapat kerja kursus add maths. oh sungguh senang -.- Ada 2 projek dan dua-dua susah :/ Tapi mungkin projek 1 lagi senang. pasal poligon. Dan tadi cikgu benarkan 1 kelas buat projek 1! yeyh. senang sikit bila semua buat benda yang sama. haha nanti boleh share-share ^^ oh yea cakap pasal kerja kursus ni aku ada 2 kerja kursus yang kene hantar naik sekolah nanti. Akaun dan Add maths ! ah tahniah la akaun pun serabut aku tengok. ni nak buat add maths pulak. hahahaahaaaa geramnya T_T dugaan form 5. Takpelah sekali je kene. Okey lah aku nak berhenti sini. penat taip. akaun pun aku tak tertaip lagi ni. hahaha pemalas! ye aku mengaku memang malas pung :p wehehehe bye! Assalamualaikum :D
Disebalik hujan yang lebat ada pelangi. Disebalik kesedihan pasti ada senyuman. Bersabarlah menghadapi ujian Allah.