Monday, 31 December 2012

Berakhirnya 2012 :')

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah akhirnya tahun 2012 dah beakhir. Tapi rasa sedih sangat sebab tahun 2012 la tamatnya zaman persekolahan aku :'( banyak kenangan dalam 2012 ni begitu juga dengan 2011. Kenangan zaman sekolah paling sukar dilupakan. Kenangan pahit dan kenangan manis. akan aku rindui semua tu :) daaaan aku nak share sedikit gmbar budak kelas aku. 5 CERDAS :)



yeah ini lh 5 Cerdas yang kreatif. bulan puasa kami tak seperti bulan puasa. dan time tu seriously sume tak sedar diri dah nak TRIAL. masing2 tak revision, kecoh main kad kecoh buat 'art' dekat whiteboard. hahaha 



yeah ini dia girls from 5CERDAS 2012. cme ade beberapa lagi tertinggal. hihiihi



kawan tersayang :*



gambar ini menunjukkan kami bebas! gambar ini diambil pada hari terakhir SPM 6/12/2012 :)



Graduasi 5Cerdas 2012


This is 5CERDAS 2012! selama 2  tahun kite kels sama-sama. Banyak kenangan bersama korang semua pahit manis geram sedih sakit hati ejek mengejek. hahaha. SAAAAYANAG KORANG SEMUA :* 

oh yea esok start kerja, seriously this is my first experience. nervous sangat! huhuu wish me luck for tomorrow.
Okay before tu nak ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru :D semoga tahun 2013 akan menjadi lebih baik. Assalamualaikum, good night! xoxo



Tuesday, 11 December 2012

oh yeah..

Assalamualaikum. eh hey hello to all my friends. Actually takde idea nak tulis! hihi hampir terlupa password blog. maklumlah lama dah tak update. busy with SPM. but now it's over. yeyh. okey banyak cerita nak share tapi nanti2 jelah aku update. mode malas sebenarnya ni. hahaa okeey bye. Assalamualikum.

Monday, 17 September 2012

I'm backkk :D

Assalamualaikum. hai semua! 

Seriously i really miss my blog. kehkehkeh. lame tak online guna laptop :( busy with school. yeah SPM yow! So, people how are you? hm and for sure im not okey :( semakin dekat nak exam ni semakin stress. its not good actually. tapi nak buat macam mana lumrah seorang pelajar. hihihii :D

Actually sekarang ni tengah trial, and this week on friday is my last paper account. damn seriously malas nak study gap seminggu weh sape tak malas. Kakak sibuk kata "make sure your account A+" ahh tekanan la taik. aku tak suka orang kata macam tu. stress stress stress -.- and yeah fyi i love exam. hahaa suka suasana exam dalam dewan. Dan suatu hari nanti aku akuan merindui setiap benda kat sekolah yang pernah aku buat :') 

Okay enough. jadi sekarang hmm apa patut aku tulis sebenarnye. hahaa Aku tak tahu apa yang patut aku tulis dan aku bukak blog ni pun sebab rindu. hahaa oh before ni aku ada banyak cerita nak di taip dalam blog tapi banyak dah lupa -.- em takpelah later bila aku ingat aku tulis la eh. hahaha. okay gtg. see you guys on next entry. Assalamualaikum. anyway sorry for the short entry yang tah apa-apa ^_^ *electricshock

Tuesday, 12 June 2012

Saja suka-suka :)

Assalamualaikum :) hai kepada awak yang membaca blog saya ini. 
So dah lama tak update blog ni. dah 2 hari sekolah. so far okey lah oh yea lupa nak ucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua kawa-kawan. permulaan sekolah aku sangat teruk! tidur yang diharapkan cukup tak tertunai :( hanya 4 jam je tidur. ah feel like exam month pulak. tapi aku tidur lambat sebab kerja kursus add maths yang kene hantar hari ini. Alhamdulillah aku sempat siapkan kerja kursus add maths. Dan sekarang hanya tinggal kerja kursus akaun sahaja :D wehee tapi! nak kene siap kan by this week or next week. hmm so kene lah buat sekarang. Oh yea nak bagitahu yang aku ni jenis suka tolong orang tau. so aku tak mengharapkan balasan la dari orang yang aku tolong tu tapi TOLONG lah hargai apa yang aku dah tolong tu okey? hihii bagus kalau faham. Hm tadi kan aku baru terbaca blog member aku. hahaa tak sangka dia macamtu so shuweett :D hahaha.

Dear awak, saya tidak mengharapkan yang terbaik daripada awak kerana saya jugak bukan yang terbaik. saya hanya berserah kepada Allah. sekiranya awak jodoh saya, saya akan terima dengan seadanya. bimbinglah saya ke jalan yang diredhai Allah ye awak. saya akan menunggu awak, tidak kira dimana jua awak berada. sekiranya Allah mengizikan kita bertemu insyaAllah kita akan bertemu jua suatu ketika nanti. sekian ikhlas dari saya ^^ 

see see! hahahaa kawan aku ni comel betul macam ni. hikhik :)


okey lah aku nak rehat. nak prepare for tomorrow. so Selamat malam kawan-kawan. Assalamualaikum.

Monday, 4 June 2012

The best sunday ever!!

Assalamualaikum. Hai semua! :) Korang buat apa cuti-cuti ini? mesti ada yang pergi holiday kan? untunglah korang ada adik-adik kecik thats why family korang pergi holiday. Tak macam aku mana ada adik kecik, aku yang last. So jarang sangat-sangat untuk keluar bercuti. Takpelah dah biasa dah :| oh yea lupa nak habaq semalam patutnya aku post entry pagi ini. Tapi semalam terlampau malas haahaa.. so ini ha ceq nak habaq semalam ceq pegi Pulau Indah, Pelabuhan Klang. jeng jeng jeng! jauh gila kan? ceq dan kawan-kawan ceq pergi kenduri kahwin cikgu Diana. pheww penat gila okey. pergi dengan kawan 7 orang naik kereta atos ye. repeat ATOS. naik ramai-ramai. Korang agak muat ke? hahahaa seriously macam ikan sardin -.-Belakang tu banyak berhimpit. Tapi kitaorang banyak sesat oh. haha macam apa je lalu tempat yang sama pusing-pusing --' okey now nak tunjuk gambar :D 



Keadaan suasana dalam kereta. tengok yang belakang tu? macam sardin tak? ke nampak macam kereta besar? :O



Alhamdulillah, finally sampai jugak ke Pulau indah, kg sg Kembong. 



Ashikin, me and Faieza :*

Okay so tu je gamba yang kitaorang sempat ambil (actually banyak lagi :P ) hehehe gamba dengan cikgu ada tapi guna kamera photographer tu laa. so tak dapat nak update :( takpelah kasi cikgu buat kenangan :) Overall sangat best semalam. thanks kepada driver kita amir. hahaa bawak bot la kan katanya. LOL. Thanks jugak kepada najihah sebab kasi tumpang itu kereta :D hohohoo. okay sampai sini saja untuk entry kali ini. jumpa lain kali. bye. Assalamualaikum.
Thanks kepada semua yang membaca :*

Wednesday, 30 May 2012

Wednesday day day daaaayy..

Assalamualaikum ! hai hai :)

Saya baru balik dari kelas tambahan dekat sekolah *muka happy sesangat sangat sangat. Bencinyaa setiap hari aktiviti sama je aku buat. Boringgg :( nak keluar jalan-jalan. Bila cakap dengan mama bila nak holiday. Mama cakap lepas habis SPM -.- k sedih gila gila. Dah la tengah tension dengan study. lepastu cuti tak kemana. Aku rasa nak naik gila dah. At least aku dapat jumpa pantai pun dah cukup. Aku dah lama tak tengok pantai. dari tahun lepas lagi. Aku nak tengok benda yang luas dan dapat menenangkan fikiran aku. ceh hahahaa. Huh. 

Hm dah dua hari aku terlambat datang kelas pagi. Hahaa paling ketara dan first time berlaku dalam hidup aku time semalam. kelas start pukul 8.30 bangun 8.32 oh terbaik! kawan call rumah call handphone tak berangkat. at last aku terdengar phone rumah banyak kali aku terjaga then tengok handphone vibrate eh ada orang call. then angkat la kawan kata "weh kau kat mana? tak pergi kelas ke?" aku pun dengan tengah mamai nya bangun cakap "ha? tak tahu lah. ada kelas ke hari ni? lepastu 'tersegar' sikit oh haah la ada kelas. tengok jam, maigod dah pukul 8.30! eh k k aku siap sekarang" hahaha dengan sepantas kilatnya aku bersiap mandi tak sampai 10 minit. keluar rumah dengan kelam kabutnya. Sampai sekolah pukul 9. Masuk je kelas cikgu KN cakap lambatnya datang~ aku pun dengan selamba nya senyum. hehehe peace cikgu! :D Tapi pagi tadi bangun awal. cuma siap je lambat. keluar rumah mak aih gelap gila langit. kelam sangat. dengan angin kuatnya. aku cepat-cepat pergi sekolah. Esok camne pulak eh? dapat bangun lambat kot sebab kelas start pukul 11.

Hm semalam dapat kerja kursus add maths. oh sungguh senang -.- Ada 2 projek dan dua-dua susah :/ Tapi mungkin projek 1 lagi senang. pasal poligon. Dan tadi cikgu benarkan 1 kelas buat projek 1! yeyh. senang sikit bila semua buat benda yang sama. haha nanti boleh share-share ^^ oh yea cakap pasal kerja kursus ni aku ada 2 kerja kursus yang kene hantar naik sekolah nanti. Akaun dan Add maths ! ah tahniah la akaun pun serabut aku tengok. ni nak buat add maths pulak. hahahaahaaaa geramnya T_T dugaan form 5. Takpelah sekali je kene. Okey lah aku nak berhenti sini. penat taip. akaun pun aku tak tertaip lagi ni. hahaha pemalas! ye aku mengaku memang malas pung :p wehehehe bye! Assalamualaikum :D
Disebalik hujan yang lebat ada pelangi. Disebalik kesedihan pasti ada senyuman. Bersabarlah menghadapi ujian Allah.

Sunday, 27 May 2012

SJAM Camping

Assalamualaikum. hellooo. baik lah seperti yang aku tulis dalam entry hari tu aku nak post gamba SJAM kan? aha okey so aku akan post malam ni. Actually aku malas nak tulis panjang-panjang so tengok jela eh, hewhew ;)














banyak lagi gmba tapi malas nak upload bnyak-banyak. hehe so last gamba adalah 


Dua budak cooomel (Khalis dan Imran) aww geram dengan pipi dorang. kiss sikit muahh :*
hihi okey tu je. gamba yang mampu aku upload. sudah mengantuk tido 4 jam tadi tak cukup nak seharian tido. hahaa lol esok ada kelas tambahan -.- okey good night.. Assalamualaikum.

School Holiday

Assalamualaikum. Hello kawan-kawan. ah lamanya tak update blog aku. dah berhabuk dah blog ni. hahaa. 
Maaf la lama tak update sebab busy dengan sekolah. So tak ada masa nak update-update ni. Oh sebelum tu belum terlambat lagi nak ucapkan selamat bercuti sekolah kepaa semua kawan-kawan. Untuk yang ambil PMR tahun ni jangan lupa study. Exam dah nak dekat. Daaaan untuk yang ambil SPM this year macam aku. Kita buat rilek dulu, lambat lagi. hahahaa Lambat lapan. lagi 6 bulan je tinggal. haeh kejap je masa berlalu. Anyway korang pun jangan lupa study. Good luck!

Okay dah masuk cuti 2 minggu ni korang buat apa je? mesti ada yang holiday dengan family kankankan? Untunglaa. aku pergi kelas tambahan je takpun tuisyen :/ hmm oh yea baru baru ni aku ade mid year exam selama 3 minggu. Oh time first week exam tu aku memang tak sabar nak habis exam. hahaa penat stay overnight sampai pagi buta O.o tapi bila last week exam memang best. sampai aku ada gap paper tu lama sangat, so aku malas nak study dah. gap panjang sangat -.- hilang mood study :p
Hari jumaat hari tu aku pergi SJAM camping iaitu St John Ambulans Malaysia. First day aku kebosanan sebab tak ngam dengan junior. Then second day tu dah okey, dan terasa best gila! Banyak aktiviti kitaorang buat. Cuma camping ni tak ketat sangat rule dia macam camping yang sebelumsebelum ni aku pergi. Banyak gamba yang aku upload dekat Fb. Dekat blog pun nanti aku ypload kayh. So okay gtg dah nak maghrib. need to shower now. gambar di SJAM akan di upload nanti :D
Assalamualaikum.

Sunday, 15 April 2012

Assalamualaikum. okey happy sangat hari ni pergi wedding kakak raudhah. seriously hati aku sangat sedih dan kawan-kawan aku banayk happy kan aku even dorang tak tahu sebenarnya aku tengah bersedih. nampak je muka tersenyum apa sume dalam hati aku sorang je tahu. Banyak gambar yang kita orang ambil. dekat atas pelamin paling best. LOL masing-masing fkir kahwin. hahaha duduk paling lama sampai makan kerepek pisang 3 round :O hahaa sampai orang catering pandang panas je nak kemas meja. haha rilek ye abang catering :D peace.  Lepastu kitaorang start story mory, hewhew pasal sekolah cousin raudhah. wuuu seriously cerita yang raudhah story tadi sangat mengerikan okey! Lepas habis cerita apa semua cukup 2 jam lebih kitaorang blah. hehe  takkan nak lepak lama-lama sampai maghrib pulak kan? :p hohoo Thanks kawan-kawan aku sayang korang :) Gambar akan di upload nanti :) okey lah itu sahaja yang aku nak tulis hari ni so assalamualaikum. bye bye . oh sebelum tu sekarang ni cara terbaru aku melepaskan tekanan dengan menangis. hmm nowadays perangai aku semakin pelik.

Perasaan bercampur baur. I dont know what I feel now. Rasa nak lari dari semua orang yang aku kenal, nak pergi jauh dari sini. 
When I said leave me alone, I meant it. When I said I need someone to cheer me up, I meant it.

Sunday, 1 April 2012

Assalamualaikum :D hello hello, selamat petang. 

Ahh lama dah tak update blog since 3 minggu lepas maybe? hehee banyak cerita aku nak kongsi. banyak sangat yang terjadi kat aku selama aku tak update blog ini. hmm munkin ini ujian Allah untuk aku. Tertekan. sangat-sangat stress. haih sedih betul tahun ini aku rasa macam-macam berlaku dalam hidup aku. tak macam tahun-tahun lepas best je. semuanya bagi aku bunga-bunga. Tapi tahun ni bunga yang turun semuanya layu :( dah la aku penat nak fikir semua yang remeh temeh. Aku dah tanam kan dalam diri aku be positive. yup akan aku pegang kata-kata tu sampai aku habis sekolah. then aku malas dah nak fikir apa-apa yang berkaitan dengan benda bodoh tak macam bangang. Huh. saba syaza. chill okey. perkara macam tu tak perlu nak fikir okey. Fokus dekat SPM kau. itu lebih penting :) okey now lets start dengan cerita-cerita yang gembira :D

Last week 23/3 aku pergi konsert TWIN TOWERS KL LIVE 2012. Pergi sana aku nak tengok Girls Generation saje. Seriously best gila dapat jumpa face to face. Dekat sana aku release tension aku menjerit melalak. sampai hilang suara. haha terbaik. suka gila weh. Then ahad 25/3 aku peri Selangkah Ke UITM Shah Alam. wehee series best gila. Akhirnya aku dapat jejak UITM Shah Alam. Biasanya aku selalu pergi UITM Arau dan Segamat. now Shah Alam pulak :)) hope sangat after this SPM aku dapat UITM. Motif aku pergi sana sebab tuisyen aku ada buat untuk pelajar form 5 last year. Tapi if kita orang nak join pun boleh jugak. So aku ikut sebab nak tengok kelayakan course yang aku nak. Kebanyakkannya nak at least 5 crredits. Hmm insyaAllah aku boleh buat ^^  Then balik dari UITM rehat 1 jam lebih petang pergi class maths dan add maths. pheww seriously penat, but im okey =)

Okey nak nangis bila teringat last week seminggu. Tekanan melampau boleh masuk hospital sakit jiwa. Hahahahahahaha hebat tak? Macam haram seminggu tu. Semua yang terjadi kat sekolah semua tak kena. I want my life back! Kenapa kau perangai macam shit? dulu kemain kau okey sekarang haraaaaaamm. menggedik melampau. oh please i think it such a waste time to think about you. just go to hell ya. Stay away from me! Aku dah biasa hidup di pinggirkan. tak kesah dah. tak sabarnya nak habis sekolah. and i will miss semua yang aku pernah buat time sekolah since aku darjah 1 hingga form 5 :) hmm sekarang ni aku tak tahu kenapa aku rasa cepat nak menangis. kenapa eh? hmm papejelah. oh gosh its already maghrib! need to off my lappy. hewhew. insyaAllah next time i will update my blog kayh. sorry banyak sangat luahan perasaan. haha stress. hawh tak elok bagi seorang pelajar fikir benda yang tak ada kene mengena dengan pelajaran. baik aku fokus kat SPM tanpa memandang orang lain. starting now aku nak buat tak tahu je apa yang terjadi. aku nak jadi selfish :D hahaha okey bye! semua. Assalamualaikum.

Aku benci kau ! :)

Tuesday, 13 March 2012

Hari bergembira :)

Assalamualaikum :D



uhuk? seriously hari bergembira? yeke? okey forget it :)
ehee saya suuuukaaa sangat gambar ini. gambar ni kita orang amik tadi. Actually hari ini ada teknik menjawab bahasa inggeris dekat sekolah. U know what? booooosan gila! better aku pergi kelas addmaths dan akaun dekat Ilmu studio. waste time serious ni. penceramah tu cakap like tecer cakap dalam kelas. LOL baik tak payah -.- time rehat kita orang serong (cehpengawaspunserongjugak) hahaha! perempuan dari penuh lepas rehat tinggal half je. laki dari 4/5 baris kerusi tinggal sebaris je itu pun tak cukup empat kerusi sebaris. haha terror betul budak-budak kelas 5A,B,C dan D1. hahaha kita orang serong pergi makan, photoshoot jap then cerita-cerita pasal perempuan. haha gossip :P okey tu je nak cerita hari ini. 
Selamat Petang dan Selamat Bercuti kawan-kawan :D
Assalamualaikum ^__^

Sunday, 11 March 2012

I'm Already Seventeen

Assalamualaikum. hay hay semua! 
yeh im already seventeen. sweet seventeen :D ah tak suka sebenarnya :( but terima jelah. hmm. Actually my birthday on 4 March, last week but now baru nak tulis. hehee. saaangat lah busy cause last week is exam week so i dont have any time  to online (walaupunadasebenarnya) hahahaa. Abah beli kan jam baru! mama belanja makan thanks mama abah! i love you sooo much! oh jumaat lepas 9 march aku miea dan wani sambut birthday kat kfc JJ au2. wehheee best! best sebab F kasi hadiah! hahaha! :P lepastu karoke melalak. even aku sekejap je pun melalak tapi sakit tekak lepas keluar tu. haeh~ btw tomorrow dah start cuti. jyeah! eh? wait macam aku cuti pulak. seminggu ada kelas :( em kayh fine -.- saya nak off saya mengantuk. esok kelas pukul 8 pagi. ahhh malasnya nak pergi :(



Friday, 2 March 2012

Assalamualaikum kawan-kawan :) 

Minggu ni minggu exam. seriously masa aku sangat padat. balik sekolah tidur kejap then bangun baca buku sampai 2 pagi. LOL bangun 6 pagi badan sakit-sakit. woah bila nak habis exam ni? :( cepat lah selasa! hm hari ini hari ke-2 exam. semalam exam BI dan Maths. Alhamdulillah maths senang (maklumlah masuk chpt 1&2 mmg la) , BI soalan section C macam apa tah. menyirap pulak aku jawab. huh. so hari ini paper Tasawwur,Akaun dan Sejarah. Serious aku melalut apa tah dekat sejarah aku pun tak tahu :( ini lah sebabnya tak menitik berat lansung pasal sejarah. buku latihan tak ada. revision last minutes -.- memang tak jadi apa. so next time promise i will never do that again. selalu awal buat revision ye wahai syaza ^^ Tomorrow got school. exam lagi. Bm dan Agama. malam tuisyen bm. malas nya nak pergi -.- nak duduk rumah baca agama. okey terasa mengantuk pulak. so gtg. Bai Assalamualaikum. 

*saya tak ada mood nak update blog hari ni. so entry kali ini membosan kan ~_~

Friday, 17 February 2012

Assalamualaikum. hello semua. Apa khabar? lama dah aku tak update blog. rindu saaangat TT maklumlah lately ni aku sangat busy. balik sekolah pukul 2.45 if ada extra class pukul 4 baru balik. isnin petang malam aku ada tuisyen. selasa kelas kat sekolah. rabu free itu pun petang sometimes ada training handball. khamis kelas kat sekolah. jumaat petang ada training, malam ada tuisyen. Macam hari ini penat sangat~ malam after balik tuition aku tak sentuh lansung buku. nanti lah before aku nak tidur aku buat baca buku. Seminggu ni macam-macam berlaku dekat sekolah. masalah betul. If nak kawan, kawan. taknak sudah. okey dah. tutup. Petang tadi traning bola baling sangat best. paling best bagi sebelum-sebelum ni punya training. haha senang cerita aku suka lah. lepastu malam aku tuisyen, belajar BM novel Konserto Terakhir. first tu aku rasa okey lagi 25 minit nak balik aku dah start menguap. serious mengantuk gila penat apa semua ada~ sekarang aku terasa mengantuk. em nak tidur. sebelum tu exam bulan mac dah dekat. 2 minggu lebih je tinggal. aku tak berapa prepare sangat. start dari esok aku buat revision. SPM tinggal lagi 9 bulan. tapi aku bersedia 30% je. hm takpe syaza still ada peluang lagi. teruskan berusaha! Fighting! okey lah aku nak tidur. nak rehat. esok bangun awal pagi ada meeting. Assalamualaikum. bai ^^

Friday, 27 January 2012

Assalamualaikum and hey hey to all my readers :)

Cuti sekolah seminggu dah berlalu. terlalu cepat masa berlalu sampai aku pun tak terasa masa tu berlalu pergi. hm nak taknak terpaksa lah terima bahawa isnin dah sekolah. err seriously aku tak puas cuti seminggu. tak cukup! urgh k fine. so hari ini aku berkesempatan nak tulis blog. homework semua dah siap KECUALI addmaths. hahaha alah tengah malam nanti aku buat lah. insyaAllah if aku tak mengantuk aku buat. eheee ^_^ seminggu cuti raya cina ni aku just pergi class tambahan tuisyen je. hehe rajin tak? Honestly aku selesa tuisyen dari sekolah? why? entah aku pun tak tahu. haha aku nak tuisyen je. nanti dah nak spm baru aku pergi sekolah :p haha everyday bangun awal. balik tuisyen petang. haha best! aku suka aktiviti ni dari duduk rumah tak tahu nak buat apa, baik tuisyen ^^ so esok sabtu tak ada class boleh rehat. bangun lambat hoyeah paling di tunggu-tunggu. haha.  Dalam banyak-banyak kelas dari hari isnin-jumaat. aku paling suka class hari khamis. hahahaha paling best, seharian gelak. gila enjoy class tu :D lawak sumpah tak boleh blah. haeh~  akan merindui seminggu cuti ini. haha okey okey enough! :D hm okei lah gtg nak ciao. nak rehat nak tidur. hm peliknya lah aku ni tadi bukan main banyak nak cerita nya. tapi smpai je depan lappy terus hilang ke laut cerita2 yang nak diceritakan tu -.- 

Assalamualaikum. bai bai :D

Friday, 20 January 2012

Assalamualaikum. Hello :) 

Firstly aku nak ucapkan Happy Chinese New Year or Xi Nian Quai Le(eh betul ke eja? :O ). hihihi :B yeah what time is it? its school holiday ! one week cuti weh happy betul. aku nak tido lambat bngun lambat. haha tak senonoh. Err motif sebenarnya nak lepaskan geram setelah setiap hari ada homework, tido lambat bangun awal. TAPI ada tuisyen pulak. ah nevermind. cuti tak boleh nak rehat sangat. kena jugak bukak buku. hewhew. so next week seminggu aku nak lepaskan segala-galanya. hahaha katil make sure u bersiap sedia ya? hahaha kata Ashikin lah :P okey okey got to go now. bai Assalamualaikum :D

Friday, 13 January 2012

Assalamualaikum. Hello :D

Err where should i start ah? lama dah tak berblog-ing ;D Too many stories yang aku nak kongsikan, but i dont know where to start :O okey nevermind . kehidupan aku sekarang banyak berubah. Pagi pergi sekolah. petang tuition malam buat homework. wehee busy sangat-sangat sekarang sampai tak ada masa nak online. so my lappy now dah berhabuk. Tak pernah aku buat sampai laptop berhabuk :P (kiranya nya before this aku banyak online lah) hahaha. okay seriously aku rindu dulu-dulu haha everyday online. now kena kawal nafsu online demi masa depan yang cerah. ceewaah! hahaa but its true*buat muka serious. LOL okey okey back to the topic. Homework aku tak pernah berhenti. setiap hari ada. Err sebelum tu aku nak cerita pasal first day school. erk serious bosan. tak best. kelas okey lagi block je bertukar. mannn menyampah! setiap hari naik 4 tingkat. memang penat lah. if ada eskaletor kan best or lif ke. haha in your dream lah kan. then first day school dah belajar. addmaths pulak tuh. duhh aku memang blur first day tu. tak bersedia memang lah. haha. Kawan-kawan sekelas semua nampak bersemangat. 

Second day of school aku still sama takd ada mood lansung. Buku tak cukup. beli lagi. third day of school err biasa je takde yang best. then minggu kedua sekolah okay dah start dah benda best-best belajar okey mood pun okey. saaaaaaampai hari ni 13 jan budak kelas aku sudah kembali seperti form 4 dahulu. banyak main. haha serious aku rindu time-time macam ni. Dorang dah start bising main kad bila waktu lapang. LOL. Tapi homework still berjalan ha. dan good news aku bertambah rajin buat homework! hewhew selalu siapkan. best sebenarnya buat homework bagi aku lah. bagi korang aku tak tahu lah. hoho. oh yea hari tu aku dapt sijil kehadiran penuh! me likey likey okey! serious nervous gila naik pentas depan orang ramai pada tahu 2012. wootwoot. haha amik sijil tangan menggeletar. macam nenek tua je. wakakaka. Hm lagi apa eh yang aku nak cerita. banyak sebenarnya yang aku nak story kat sini. tapi dah lama busy-busy tu terlupa dah. So bila- bila aku ingat aku taip lagi. tapi tu pon if aku free insyaAllah next friday. haha  okey bai. Assalamualaikum :)


Sorry entry kali ni agak berterabur. banyak sangat nak tulis so aku amik random je. mana yang aku ingat aku taip. that's why nampak serabut sikit. hewhew

Sunday, 1 January 2012

Happy New Year

Assalamualaikum and Hello to all my readers :)

Today is 1/1/2012 soooooo

Tadaaa..
Happy New Year everyone! seriously i'm not believe its already 2012. hahaha for real actually i'm not ready for SPM la. aku tak percayaaaaa weh. Mimpi lagi ke ni? tolonglah someone kejut kan aku. Huh pagi tadi kakak aku cakap selamat pagi calon spm. ingat SPM!! weh makcik what the fish! kau ish menyirap gila. fine! so this 2012 aku harap dan aku akan buat supaya aku dapat tunai kan impian aku nak berjaya dlalam SPM. InsyaAllah. so guys wish me luck okey :) byebye..
Tiny Bunny Tiny Bunny Tiny Bunny